ummie ainanina sweet home

Thursday, 9 January 2014

SONTOK

Hari ini saya nak kongsi dengan rakan2 dari sebuah buku yang telah saya baca maksud SONTOK.

Dalam buku ini dia bagi tahu menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan keadaan ekonomi kita kukuh dan utuh.Justeru itu, adalah perlu untuk kita berusaha lari dari belenggu "sontok" ini. Sontok berasal daripada perkataan Sarawak yang menggambarkan keadaan kewangan seseorang yang tidak mencukupi dan sering sontok hingga adakalanya untuk membeli barangan asas pun tidak mampu.

Sontok juga di kaitkan dengan keadaan seseorang yang sentiasa sibuk dengan rugas seharian  iaitu kesuntukan masa.

Jika difikirkan dan di rejung dengan mendalam, perkara yang amat menyedihkan ialah walau sekuat manapun kita bekerja, bertungkus lumus siang dan malam, pagi dan petang memburu keselesaan hidup, masih ramai lagi antara kita yang termasuk dalam kumpulan golongan manusia sontok, terutamanya dari segi kewangan.

Pernahkah anda atau pun mereka yang anda kenali mengalami keadaan seperti di bawah:-

a) Mempunyai telefon bimbit canggih tetapi tidak dapat call out sebab tidak cukup kredit dan tidak mampu untuk menambah kredit lagi. Ataupun talian telefon di bar kerana bil bulan lepas belum di jelaskan lagi.

b) Kereta cantik tetapi cukai jalan dan insurans belum dipebaharui lagi sebab tidak cukup duit. Maklumlah tengah bulan

c) Apabila hendak mengeluarkan wang melalui mesin ATM, duit tidak keluar sebaliknya mesej " Baki tidak mencukupi" pula yang muncul, padahal baru seminggu terima gaji.

d) Tidak selesa ataupun malu hendak mengeluarkan wang melalui mesin ATM sebab takut ada orang yang kita kenali sedang menunggu giliran mereka. Tidak selesa kerana yang mampu di keluarkan hanyalah sekeping wang kertas (itu pun mungkin yang warna merah sahaja)

e) Memandu kereta mahal, tetapi terpaksa meminjam duut kawan untuk mengisi minyak kereta sebab tidak cukup duit.

f) Berpangkat tinggi : Pengurus Besar, Pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif, pegawai tadbir, pegawai operasi, eksekutif pemasaran tetapi selalu menerima panggilan -" Kereta encik sudah 2bulan tidak di bayar, bila encik hendak bayar?"

g) Selepas terima gaji dan membayar bil2 bulanan, duit telah habis tetapi masih ada lagi bil yang belum di bayar.

h) Apabila di ajak keluar, selalu memberi alasan sibuk......itulah, inilah, tetapi yang sebenarnya , tidak ada wang walaupun untuk membeli secawan kopi.

i) Memiliki "akaun transit" sahaja iaitu wang gaji masuk ke dalamnya tetaoi terua di keluarkan untuk di masukkan ke dalam akaun "pemilik" kereta, rumah, perabot, tv, mesin basuh, tilam, katil dan sebagainya.

Siapakan "pemilik-pemilik" ini? Siapa lagi kalau tidak pihak bank, kedai tempat kita berhutang, kawan-kawan yang kita pinjam wang dahulu dan sebagainya. Sehinggalah kita habis membayar semua hutang iji, barulah barangan tadi berpindah milik kepada kita.

j) Selalu menerima surat dari peguam, meminta agar membayar tunggakan kad kredit ataupun pinjaman rumah ataupun peribadi.

Begitu lah kisah maksud nya sontok.....

Petikan buku "Berani Berjaya Bijak Berusaha"

No comments:

Post a Comment