Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.
Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang puasa sebelum ke dihasilkan.Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan san itu menjejaskan penghasilan susu.
Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?
Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.
Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
★ anda rasa sangat dahaga
★ air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat
★ anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu
★ anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ibu-ibu digalakkan mengambil Performance Orange untuk mengelakkan ibu-ibu ternyahhidrat.
Kaunselor penyusuan badan, menyarankan ibu-ibu makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.
Untuk itu kami juga menyarankan ibu-ibu mengambil ESP Isolate Soy Protein yang semestinya rendah GI dan mampu membekalkan tenaga kepada ibu-ibu semasa berpuasa.Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk ibu mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk ibu makan secukupnya pada waktu malam dan berat badan mula turun, bincanglah dengan doktor. Mungkin perlu untuk tidak berpuasa.Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Bilakah saya harus meminta bantuan?
Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);najis berwarna kehijauan;tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang.
credit
* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia dan Taiwan.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: farshanna29@gmail.com
Call/ Whatsapp: 010-7942058
No comments:
Post a Comment