ummie ainanina sweet home

Sunday 30 December 2012

Cara sihat "Makan Berdua"

Kehamilan menuntut penambahan kalori dalam menu seharian. Namun, tidak bererti kita perlu makan berlebihan. Apa yang penting, makanan itu sihat dan membekalkan khasiat untuk kita dan kandungan kita.

Mari ikuti langkah cara sihat "Makan Berdua"

AIR KOSONG
  • beringatlah....sentiasa bawa bekalan air ke mana-mana sahaja kita pergi.
  • Kekal hidrat, banyak manfaat nya untuk kehamilan yang sihat.
  •  ia adalah mengelakkan diri daripada berhadapan risiko kelahiran awal dan menghindari komplikasi kehamilan seperti sembelit, bengkak dan lain-lain.
  • Jus buah-buahan yang segar memang baik untuk kesihatan namun majoriti yang anda perlukan ialah air kosong.
  • Jika teringin sangat nak minum minuman berkarbonat kopi atau teh pastikan tidak melebihi 1 cawan sehari.
MAKANAN SEGAR
  • Makanlah makanan yang kita tahu dari mana ia datang, bermaksud makanan segar jauh lebih baik jika di bandingkan makanan yang telah di proses. Cth: kacang hijau segar mengandungi banyak zat makanan berbanding kacang hijau dalam tin.
KERAP TETAPI SEDIKIT
  • Makan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil jika kita berhadapan dengan masalah morning sickness atau pedih hulu hati.
  • Amalan pemakanan sebegini bagus bagi memastikan tahap gula dalam darah terkawal.
PROTEIN
  • Protein membentuk setiap sel di dalam tubuh bayi dalam kandungan. 
  • Pengambilan protein yang mencukupi (75g sehari atau lebih) boleh melindungi kita daripada komplikasi kehamilan seperti eklampsia, tekanan darah tinggi dan lain-lain.
LOG MAKANAN
  • Simpan log makanan jika kita mempunyai masalah dengan diet harian. Ia lebih mudah daripada mengingati apa yang telah kita makan. Log yang sama dapat membantu kita mengenal pasti kepelbagaian makanan yang di ambil setiap hari.
SNEK
  • Kita juga di sarankan mengambil snek. Pilihlah snek sihat seperti segenggam kekacang bukannya kerepek kentang atau mengambil yogurt berbanding ais krim.
VITAMIN PRENATAL
  • Tujuan utama pengambilan vitamin prenatal bukan untuk menggantikan makanan yang kita makan. Sebaliknya, ia memfungsi untuk memastikan pengambilan zat makanan seharia kita adalah mencukupi. Shaklee memperkenalkan vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Set Vitamin kehamilan Shaklee terdiri daripada:
SET J-1 (Trimester I)
- Vita-lea (Multivitamin)
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix @ Calcium

SET J-2 (Trimester II dan III)
- Vita-lea (Multivitamin)
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematix @ Calcium
- Omega Guard.
- ESP


Ibu-ibu hamil hendak lah mengambil vitamin prenatal supaya ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi. Nak senang jom cuba set vitamin pregnancy shaklee. Amat berbaloi!!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh menghubungi saya:

Email: farshanna29@gmail.com
CALL/SMS: 0107942058.



No comments:

Post a Comment