Ingin saya berkongsi bersama tentang kepentingan lecitin dalam badan. Mungkin ada yang tak pernah dengar perkataan lecitin ini.
Lecitin boleh di dapati daripada tisu binatang dan tumbuh-tumbuhan. Ia boleh di dapati di dalam jagung, telor dan kacang soya. Lecitin dikatakan sebagai “Fat Emulsifier” – Metabolisma lemak atau kata lain pemecah lemak.
Apa sebenarnya yang terdapat dalam lecitin?
Lecitin mengandungi
# asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
# Kolin – satu komponen neurotransmitter
# Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
# Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITIN
1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
• Lecitin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
• .Ia menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
• Membantu kawal paras triglycerides
• Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. ( sangat penting untuk kita)
• Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
• Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
• Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
• Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
3. UNTUK KAUM TUA
• Lecitin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
• Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
4. UNTUK PENGHADAMAN
• Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5. UNTUK SEL
• Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
• Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
• Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.Hasil penyelidikan oleh beberapa penyelidik telah didapati bahawa lecitin daripada kacang soya berkesan memecahkan deposit kolesterol.
Walaubagaimanapun lecitin daripada telor juga boleh namun tidak begitu berkesan.
* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia dan Taiwan.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email: farshanna29@gmail.com
Call/ Whatsapp: 010-7942058
No comments:
Post a Comment