ummie ainanina sweet home

Sunday, 8 December 2013

Konsep penyusuan asas Ibu Menyusu

Ramai ibu muda yang kurang arif akan ingat bahawa dengan makan vitamin yang sedang popular di pasaran akan terus buatkan susu mereka jadi banyak dan melimpah ruah.

Hakikatnya konsep penyusuan asas perlu dan wajib di fahami oleh ibu2 yang ingin menyusukan anak mereka.

Antara perkara penting yang perlu diutamakan ialah

1. Susu akan banyak apabila lagi kerap anak menyusu atau sistem perahan yang konsisten setiap 2 jam.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.

3. Pemakanan si ibu seimbang dan mencukupi. Ibu yang menyusu tidak boleh skip makan atau hanya light meal sebab si anak perlukan susu yang bernutrisi untuk membesar.

4. Si ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu apakah ubat merancang kehamilan yang boleh digunapakai jika ingin menyusu anak dan waktu yang sama mengamalkan pil perancang keluarga.

5. Si ibu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan POWER PUMPING terutama apabila si ibu perlu mencukupkan stok keperluan susu anak terutama apabila anak dihantar di taska atau ditinggalkan bersama baby sitter. POWER PUMPING juga sangat penting apabila si ibu tidak dapat mengepam secara konsisten setiap 2 jam di tempat kerja.

6. Si ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri dan mengelakkan keletihan melampau atau tekanan perasaan kerana ianya boleh mengganggu penghasilan dan pengeluaran susuibu.

7. Si ibu kena yakin dengan doa dan diri sendiri bahawa susuibu yang dihasilkan mencukupi untuk si manja.

8. Jangan bandingkan diri dengan orang lain tetapi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.

9. Kekal positif dan bersangka baik dengan hasil usaha sendiri.

10. Sentiasa bersyukur setiap kali selepas menyusukan / memerah supaya tenaga positif kuat dalam diri.

Pengambilan supplement hakikatnya membantu tubuh ibu mendapat zat vitamin dan galian yang sukar untuk dilengkapkan dari makanan harian. Setiap vitamin mempunyai fungsi yang berbeza.

The next entry saya akan cerita fungsi setiap vitamin untuk penyusuaan...

No comments:

Post a Comment