ummie ainanina sweet home

Friday, 29 March 2013

Soal jawab tentang shaklee

Salam Sihat dan Salam Mesra buat semua. Alhamdulillah, bertemu lagi kita diruang maya tak bersuara ini..=)

Kali ni saya kongsikan dengan anda soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai produk Shaklee.. Jom baca.

Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Ianya Halal. Boleh rujuk entry mengenai isu halal ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu. Trial Pack berdekatan dengan anda?

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9 Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 010-7942058 untuk dapatkan ID Shaklee.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan mengganggu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar selain kalsium untuk memastikan si ibu mampu membekalkan kalsium buat dirinya dan bayi yang disusukan.

13. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

credit to :anakkuwiraku.com

* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, dan Malaysia

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email: farshanna29@gmail.com Call/ Whatsapp: 010-7942058

Thursday, 28 March 2013

Istimewa kalsium ostematrik shaklee

Kenapa kalsium yang kita anbik kena pilih dengan berhati-hati? Kerana kalsium yang paling baik mempunyai vitamin D dan magnesium yang cukup. Istimewa nya vitamin kalsium ostematrik shaklee adalah kerana ia bukan sahaja mengandungi vitamin D dan magnesium malah mengandungi kalsium, zink, kuprum, manganes dan boron.

Peringatan.....elakkan memilih vitamin kalsium yang mempunyai:

  • Produk yang di buat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum. Subhanallah...kita hendaklah berhati2 sewaktu memilih vitamin yang tidak tahu bagaimana pemprosesan nya.
  • Elakkan mineral chelated kerana Proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksik dalam menyerap mineral.
Mengapa saya galakkan anda memilih kalsium ostematrik shaklee kerana :
  • Ia adalah kalsium yang paling seimbang 
  • Kadar penyerapan adalah 99%
  • Formula yang unik kerana di buat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati.
  • 1 tablet kalsium shaklee bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam.

* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, dan Malaysia

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email: farshanna29@gmail.com Call/ Whatsapp: 010-7942058

Saturday, 23 March 2013

Nutriferon

Kalau nak tahu, Nutriferon ni dicipta oleh pakar imun yang bernama Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon ni, satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun. Bukan senang dah buat penyelidikan tentang nutriferon ni sebab setelah 40 tahun para penyelidik membuat research, barulah mereka berjaya mencipta Nutriferon. Sebelum tu, mereka telah beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Dan, finally, terhasilah Nutriferon. NutriferonTM  mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Bukan senang kot, nak dapatkan combinasi herba-herba yang beratus-ratus kat dunia ni. Dengan adanya nutriferon ni, dapat mengurangkan masalah-masalah kepada mereka-mereka yang mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah selsema dan sebagainya.


* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, dan Malaysia 


 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email: farshanna29@gmail.com Call/ Whatsapp: 010-7942058

Multivitamin terhebat berumur lebih 100 tahun


Tahukan anda VitaLea Shaklee merupakan salah satu multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk memenuhi keperluan seharian anda? Mengapa? Jom saya kongsikan...

VitaLea merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Antara fungsi Vita Lea secara umunya

~Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
~Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
~Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
~Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Apa istimewanya VitaLea Shaklee?



Kemajuan Saintifik
~Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
~Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
~Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

>Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

>Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

>Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

>Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

>Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

>Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

>Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

>Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet




* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, dan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email: farshanna29@gmail.com Call/ Whatsapp: 010-7942058

Caratomox Shaklee banyak kelebihannya.

Vitamin A  (Vitamin A Shaklee dinamakan sebagai Carotomax)
Vitamin A membantu kulit wajah menjadi lebih anjal. Vitamin A juga menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Selain itu, ia membantu memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit. Vitamin A juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.

Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kulit cepat mengecut dan kering. Selain itu, ia memudahkan kulit muka ditumbuhi jerawat dan terjadilah "whiteheads" dan "blackheads" jika liang roma tersumbat. Selain itu ia memulihkan kulit dibahagian siku, lutut dan punggung yang kasar, kering dan berwarna lebih kehitaman akan jadi menjadi warna kulit semula.





* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, dan Malaysia

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian/pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email: farshanna29@gmail.com Call/ Whatsapp: 010-7942058

Sunday, 3 March 2013

Apa istimewa tentang Ostematrix Shaklee?

Nak tahu apa itu Ostematrix Shaklee?

Ia adalah viatmin kalsium yang dapat membantu penjagaan tulang dan gigi. Kandungan dalam Ostematrix Shaklee ialah magnesium, vitamin D, dan mineral zink yang amat penting dalam membantu memelihara kesihatan yang lebih baik.

Kenapa kita perlu memilh Ostematrix Shaklee?

1) Ia juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan dapat mengurangkan gejala PMS.
2) Ia merupakan nutrien pembinaan tulang yang lengkap
3) Ia mudah di telan dan di serap badan
4) Ostematix shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI!!
5) meringankan stress 6) membantu dalam masalah gastrik

Ibu-ibu yang sedang mengandung perlu mengambil ostematrix. Nak tahu kenapa?Ia Sangat penting untuk mengelak risiko sakit gigi, sakit pinggang, simpul biawak dan lain2 lagi.

Promosi bulan ini ialah Ostematrix. Beli 6 free 1. Kenapa Ostematrix sangat penting kepada kita ialah vitamin yang sangat-sangat membantu dalam kesihatan. Kita akan dapati diri kita lebih mudah untuk membuang air besar, badan rasa lebih segar, tiada lagi sakit-sakit pinggang atau kebas-kebas.......


* These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Berminat untuk mendapat Ostematix Shaklee sila Hubungi saya. Saya akan memberi tips mengenai vitamin serta anda akan mendapat konsultasi saya dengan percuma. Hubungi saya melalui:

Email: farshanna29@gmail.com
CALL/SMS: 0107942058.